tentang dia...

Wednesday, 14 December 2011

hati yang terluka

aku adalah insan yang pernah merasakan terluka di sebabkan oleh Cinta..siapa yang tidak gembira bila berkahwin bersama dengan jejaka idamannya.aku lah orang yang paling gembira pada hari itu..pada tanggal 03.03.2007.aku selamat di ijab kabul kan bersama si dia..kami melayari bersama-sama bahtera kami dengan penuh dugaan sehingga kami di kurniakan seorang cahaya mata perempuan bagi mengikatkan lagi kasih sayang kami..tapi apa kan daya,"ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahhari".kami telah bercerai selepas setahun lebih perkahwinan kami.yang malangnya aku sedang mengandungkan anak yang ke 2 semasa dalam tempoh penceraian kami.hati ku sangat terluka seperti di robek oleh pisau beratus kali.menangis siang dan malam tanpa menghiraukan kondisi kandungan bayi ku..bermacam-macam dugaan terpaksa kami menempuh oleh kerana kami bercerai bukan di atas kehendak kami sendiri..keadaan di sekeliling yang terlalu memaksa kami untuk tidak terus bersama lagi."ya allah,kau tabahkan lah hati hamba mu ini ya allah,sesungguhnya aku sangat lemah dan tidak kuat untuk menghadapi semua ini".kesian kan lah anak aku yang sulung ni.dia memerlukan kasih sayang ibu dan bapa nya..anak ku yang sulung seperti tahu bahawa ibu dan bapanya tidak lagi bersama.dia tidak banyak meminta dan menjadi seorang anak yang tidak periang.dugaan demi dugaan yang aku tempuh semasa mengandungkan anak ke 2.sehingga lah aku di masuk kan ke hospital semasa kandungan ku berumur 7 bulan..bayi dalam kandungan ku dikata kan tidak bergerak mengikut pengiraan yang di tetapkan dan denyutan jantungnya tidak berdenyut seperti selalu.hampir sebulan aku di tahan di hospital sehingga kandungan ku mencecah 8 bulan.aku di kehendaki menjalani rawatan rapi di hkl dan kemudian temujanji di ijn kl.namun hanya sempat menjalani rawatan di hkl sahaja.keesokkan nya aku merasa sakit seperti mahu melahirkan.apabila doctor cek kondisi aku di dapati aku bakal melahirkan bayi ku ini.sedangkan kandungan aku baru berusia 8 bulan.hati ku sangat berdebar di saat menunggu kelahiran bayi ku yang ke 2 ini..Alhamdulillah di esokkan aku selamat melahirkan seorang lagi bayi ku yang ke 2.bayi perempuan.perasaan ku yang sangat gembira.bersama-sama ku bekas suami ku menemani ku sepanjang kelahiran bayi kami.apa kan daya ku kegembiraan yang ku rasakan hanya sekejap sahaja apabila




~ ikuti sambungan nya :)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.